KEPENTINGAN AIR KEPADA MANUSIA

 

HARI INI AIR YANG KITA MINUM TIDAK LAGI BERKUALITI, BERZAT & SELAMAT. INI DISEBABKAN OLEH PENCEMARAN KIMIA, PEWARNA & PENGAWET.

  • Apabila umur anda meningkat, kadar kolesterol anda juga meningkat.
  • Makanan segera, air minuman berasid, tidak bersenam dan selalu stress menyebabkan tahap kesihatan anda menurun.
  • Rajah di bawah menunjukkan keadaan pembuluh darah yang hampir tersumbat.
  • Tindakan mesti di ambil segera supaya saluran yang tersumbat dapat dibersihkan.
  • Jika anda lambat, organ-organ anda akan kurang mendapat bekalan oksigen dan zat-zat makanan.
  • Akhirnya organ-organ penting dalam badan anda akan sakit dan seterusnya kurang berfungsi dan anda akan diserang dengan pelbagai penyakit kronik.
  • Penyakit yang disebabkan pembuluh darah tersumbat ialah Jantung, Ginjal, Kaki, Mata, Darah Tinggi dan sebagainya.

 

 

RINGKASAN FUNGSI DARAH

  • Bertindak sebagai sistem pengangkutan dari tubuh badan dan menghantar semua bahan kimia, oksigen dan nutrien yang berkhasiat yang diperlukan tubuh supaya fungsi normalnya dapat dipenuhi dan menyingkirkan karbon dioksida serta hasil buangan yang lain.
  • Sel darah merah menghantar oksigen ke tisu dan menyingkirkan sebahagian karbon dioksida.
  • Sel darah putih menyediakan banyak bahan perlindungan dan kerana tindakan fogosototik oleh beberapa sel, dapat melindungi tumbuh dari sebarang bakteria.
  • Rembesan dalaman, hormon dan enzim dihantar dari organ ke organ dengan peraantaraan darah.
  • Plasma berfungsi mengagihkan protein untuk pembentukan tisu menyegarkan cecair tisu kerana melalui cecair ini semua sel tubuh menerima makanannya dan merupakan kenderaan untuk mengangkut bahan buangan ke pelbagai organ rembesan untuk dibuang.

 

“TOKSIN YANG MENYERAP KE DALAM DARAH MERUPAKAN FAKTOR UTAMA KEPADA PELBAGAI PENYAKIT ATAU SAKIT PADA TUBUH BADAN MANUSIA…”

APAKAH TOKSIN?

  • Toksin dalam tubuh badan manusia terjadi kerana pencemaran.
  • Antaranya pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.
  • Ini merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan.
  • Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti Tumor, Kanser, Migrain dan sebagainya.
  • Fakta daripada pelbagai jenis penyakit mendapati bahawa 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin.
  • Dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan seseorang sedang berusaha menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.
  • Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.
  • Kesan daripada toksin dalam tubuh badan:-
    • Penyakit kulit
    • Demam
    • Tumor
    • Penyakit jantung
    • Tekanan darah tinggi
    • Alergi
    • Asma
    • Pundi Hempedu
    • Batu karang
    • Pengerasan saluran darah
    • Sakit sendi
    • Sengal-sengal tulang
    • Sembelit
    • Perut kembung
    • Barah payudara
    • Kemerosotan daya seksual (ke arah mati pucuk)
  • Oleh itu langkah awal perlu di ambil untuk mencegah penyakit-penyakit seperti di atas dengan menyingkirkan toksin dari tubuh badan untuk mengawal sebarang penyakit.

 

TAHUKAN ANDA?

  • 1 daripada 4 rakyat Malaysia akan menghidap kanser dan penyakit kronik.
  • 3 Juta rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti.
  • 800 ribu rakyat Malaysia menghidap Kencing Manis.
  • Sakit Jantung merupakan pembunuh nombor 1 dunia -WHO.
  • Kanser Payudara merupakan pembunuh nombor 1 wanita – WHO.
  • Kebanyakkan rakyat Malaysia meninggal dunia disebabkan stress.
  • Ramai lelaki Malaysia mengalami masalah mati pucuk.

 

KEPENTINGAN AIR DALAM TUBUH BADAN ANDA

  • Air merupakan unsur yang sangat penting bagi kehidupan.
  •  Kandungan air dalam OTAK 74%, OTOT 75%, DARAH 82%, TULANG 22%, GIGI 5%, HATI 69% dan BUAH PINGGANG 82%.
  • Manusia boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi tanpa AIR, akan menyebabkan dehidrasi dan akan mati dalam masa beberapa hari sahaja.

 

FUNGSI AIR

  • Menggerakan fungsi tubuh – air memainkan peranan penting bagi merangsang proses biologikal dan kimia yang berada di dalam tubuh badan. Tanpa air, darah tidak mengalir, oksigen dan zat makanan tidak akan dipindahkan, sisa tidak akan dihapuskan dan organ badan tidak berfungsi.
  • Menjalankan proses detoksifikasi - Setiap hari tubuh kita terdedah kepada unsur toksin. Buah-buahan, sayur-sayuran mempunyai kandungan racun, kandungan timah di dalam ikan, antibiotik & hormon di dalam produk daging dan bahan pengawet & pewarna tiruan di dalam makanan dan minuman yang diproses. Kebanyakkan penyakit berpunca daripada pengaruh toksin yang terdapat di dalam air, udara dan makanan.
  • Mengahalang dehidrasi dan penyakit – Hampir semua penyakit adalah disebabkan oleh kekurangan air. Masalah jerawat, penghadaman, obesiti, sendi dan masalah yang lebih serius seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi dan juga kanser. Tanda awal kekurangan air ialah bibir kering, keletihan, pening kepala, insomnia dan banyak lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s